Followers

Wednesday, November 7, 2018

Gua Batu Sanding di Taman Warisan Gua Kota Gelanggi , Jerantut, Pahang.

Gua Batu sanding merupakan salah satu gua yang terdapat di dalam kawasan Taman Warisan Gua Kota Gelanggi.Diantara Gua Yang tercantik , terbesar dan menyimpan kepelbagaian cerita untuk dikongsi bersama. Untuk sampai ke Gua sanding , anda perlu melalui pintu kecil dan melalui 2 buah gua iaitu Gua Angin dan Gua Gajah. Sepanjang pengembaraan anda akan dihidangkan dengan pelbagai bentuk bentuk yang terhasil dari pembentukkan batu batu kapur yang hidup dan melalui proses pertumbuhan dan juga hakisan.Terdapat juga batu yang berkilauan seperti kristal dan mempunyai saiz yang sangat besar.

 salah satu bentuk SINGA DUDUK


 Chalet yang terdapat di kawasan berhampiran


 Keindahan di dalam Gua Sanding


 Resort yang menawarkan kepelbagaian jenis penginapan


 GUA GAJAH


Gua Batu Sanding


 Keadaan di dalam chalet triple shareing


 Laluan ke gua kepala gajah


 Pandangan dari gua gajah 


Pintu masuk ke gua angin




Terima kasih........ 

Monday, November 5, 2018

Gua Kota Gelanggi, penuh dengan cerita untuk dikongsi, untuk tatapan dan diwarisi. http://www.azmifrogman.com

Taman Warisan Gua Kota Gelanggi - 4 November 2018 - Ahad.

Gua kota gelanggi , sebenarnya tak ada yang misteri. Cuma gua ni menyimpan pelbagai cerita untuk dikongsi. Satu program telah dianjurkan baru baru ni di gua kota gelanggi jerantut pahang , yang mana melibatkan 31 orang penggiat sukan lasak di sekitar pusat penyelidikan pertanian Tun Razak atau felda residence tekam. Program Ziarah Gua Rebana. bukan sekadar menziarahi tetapi juga cuba untuk mencari dan meneliti beberapa kesan sejarah ,  nilai geologi dan memastikan gua gua yang dikenalpasti tidak diganggu gugat oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab. Beberapa kesan tinggalan sejarah telah dikenalpasti seperti tulisan purba , fosil dan beberapa penemuan bentuk yang masih belum diganggu. Gua ni juga adalah kawasan Protected Area yang mana terdapat dua gua yang perlu dilalui untuk sampai ke gua rebana iaitu  Gua Tengkorak dan Gua Straw. Laluan untuk sampai ke gua ini agak mencabar kerana peserta perlu mendaki cerun dan ada sesetengah tempat perlu menggunakan tali dan beberapa perlatan yang khusus untuk turun ke gua rebana.

Berikut beberapa gambar untuk dikongsi dan menjadi rujukan


                                             Sessi Taklimat keselamatan


                                            Imam yang mendoakan kesejahteraan program
                                            Abam Lempong.....


                                             
                                                          Pembentukkan Straw

                                                  sesuatu yang menarik di dinding gua






jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan felda residence tekam, Team FROGMAN , Tekam Hikkers, Tekam Runners, Tekam Bikes, Tekam 4X4 dan individu terlibat,   kerana memberi ruang dan peluang kepada semua yang terlibat untuk menjayakan program ini . TERIMA KASIH.

Gua Batu Sanding di Taman Warisan Gua Kota Gelanggi , Jerantut, Pahang.

Gua Batu sanding merupakan salah satu gua yang terdapat di dalam kawasan Taman Warisan Gua Kota Gelanggi.Diantara Gua Yang tercantik , ...